Segala-galanya bermula tanggal 7 September 2001, detik itu aku bergelar seorang isteri kepada sang suami bernama Sazali Bin Suleiman. Pertemuan di tempat kerja telah membawa kami ke alam perkahwinan. Syukur, alhamdulillah.
Kehidupan kami amat bahagia. Perkenalan yang disingkat bermula dari April, 2000 di Wisma Kastam Johor. Mengenali hati budi masing-masing diperkuatkan lagi dengan ikatan pertunangan pada 24 Januari 2001. Tarikh pertunangan bersamaan dengan tarikh lahir suamiku. Alangkah bertuahnya diri ini.
Tanggal 15 September 2002....pertarungan nyawa aku di Hospital Besar Melaka. Lahirnya seorang puteri seberat 3.2kg jam 6.45 petang. Setelah aku berada di bilik persalinan dari jam 10.00 pagi sehingga 6.45 petang. Bayangkan bertapa hebat pertarungan ini. Tiada pengalaman dan seorang diri dibilik persalinan. Alhamdulillah.....Puteri itu aku dan suami bersepakat menamakannya .....NUR THAQIFAH BINTI SAZALI.... Kalau diikutkan tarikh sepatutnya NUR THAQIFAH BINTI SAZALI dilahirkan adalah pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Mungkin disebabkan anak sulung..kata orang...tak ada jalan lagi,
Kehidupan aku, suami dan NUR THAQIFAH BINTI SAZALI....di Perumahan Kastam Taman Melati amat bahagia dan syukur ALHAMDULLILAH...kasih sayang dan rasa cinta terhadap kami berdua bertambah erat dan persefahaman yang tinggi mengukuhkan lagi rumah tangga kami.
Tanggal 28 September 2004...sekali lagi pertarungan nyawa..kali ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kali ini ...lahirlah seorang putera..pada jam 2.35 petang seberat 3.3kg. Bertambah sejarah lagi...apabila kakak aku juga melahirkan seorang puteri di Hospital Kluang pada hari yang sama. Alangkah gembiranya....emak dan bapa aku mendapat dua orang cucu dalam waktu yang sama. Ok....berbalik kepada cerita aku...puteraku diberi nama MUHAMMAD THAQIF BIN SAZALI. Melahirkan...ALHAMDULLILAH...senang dan mudah. Berada di bilik persalinan hanya dari jam 8 pagi sehingga 2.35 petang. Bak kata orang tua-tua...telah ada jalan. Spertimana anak sulungku....MUHAMMAD THAQIF BIN SAZALI sepatutnya dilahirkan pada awal bulan Oktober dan ikut perancangan...aku ingin melahirkannya di Hospital Besar Melaka. Tetapi apakan daya mungkin kerana aku ini banyak berjalan semasa mengandungkannya...menyebabkan aku bersalin lebih awal seminggu dari tarikh jangkaan.
Alhamdullilah...dah sepasang. Dua orang anak..membahagiakan kehidupan rumahtanggga kami.
Tanggal 1 Oktober 2008 bersamaaan 1 Syawal 1426H, sekali lagi aku bertarung nyawa. Kali ini di Hospital Sultanah Aminah. Lahirnya seorang puteri pada jam 9.55 pagi. Kelahiran kali ini, teramat mudah. Syukur ALHAMDULILLAH. Hanya lebih kurang dua jam sahaja di bilik persalinan. Tetapi ada tragedi sebelum aku sampai dihospital....aku bertolak ke hospital dari rumah mak mentua aku jam lebih kurang 5 pagi...sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin. Bersama suami, aku menaiki kereta JFY 737 yang banyak berjasa dari mula kami bertunang kerana..JFY 737 itulah yang membawa kami ke gerbang pertunangan...ini kerana itu adalah kereta pertama suamiku..hasil simpanan beliau. Ok.....berbalik semula kepada kelahiran anak ke3 ini, JFY 737...rosak di Danga City Mall semasa membawa aku ke hospital. Panik jugak....takut terberanak di perkarangan tempat letak kereta Danga City Mall. Terima kasih kepada abang iparku yang datang untuk membawa aku ke hospital. Kalau ikutkan...abang iparku nak balik beraya di Kota Tinggi. Sampai sahaja disana dan didaftarkan dan ditempatkan di bilik wad bersalin. Kalu ikutkan tarikh...kelahiran anak ke3 ini adalah pada akhir bulan September. Tapi ...agaknya lah...anak perempuan..lambat keluar kot.
Pengalaman melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga amat berbeza. Anak ketiga....air ketuban pecah diatas katil. Untuk sebelum ini, air ketuban dipecahkan di bilik persalinan. Aku yang tiada pengalaman..terus bangun dan berjalan untuk ke bilik saringan. Akibatnya..ditegur oleh jururawat..rupa-rupanya tidak boleh berjalan..kena guna wheelchair..takut terberanak pulak. Kali ini...aku dimasukkan ke bilik persalinan ditemani oleh suamiku. ALHAMDULILLAH...suami berada disisi...
Anakku yang ketiga ini..bernama NUR QAHIRAH BINTI SAZALI. Maksud QAHIRAH adalah yang gagah. Aku berikan nama sedemikian kerana....semasa melahirkannya aku ada sedikit masalah..iaitu BOTALINSIS (lebih kurang macam tu la ejaanya)..sehingga menyebabkan dia ditempatkan berasingan dengan aku. Dia berada diwad baby...dan berada dibawah penguasaan doktor..kerana dikhuatiri termakan najis dan ada berbau sedikit..bau apa..aku pun tidak tahu. Hari raya ...1 Syawal 1426H...diatas katil tanpa ditemani anak yang baru dilahirkan. Dua orang anak telah bersama emak dan bapa aku..berhari raya di Pulau Pinang. Meruntun jiwa juga...bila melihat katil kiri dan kanan..masing-masing bersama anak.
Kini....aku dah ada tiga orang cahaya mata..kebahagian bersama suami dan tiga orang cahaya mata ini....amat membuatkan aku memahami erti PENGORBANAN, TOLAK ANSUR, KERJASAMA, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG dan macam-macam lagi.
SO....mesti SEMUA tertanya-tanya...apa PENGALAMAN yang SUKAR diLUPAkan...PENGALAMAN AKU SEMUANYA BERADA DIBULAN SEPTEMBER....OLEH ITU..PADA SETIAP TAHUN...
TANGGAL - 7 SEPTEMBER, 15 SEPTEMBER, 28 SEPTEMBER DAN PENUTUP 1 OKTOBER...AKU DAN SUAMI MERAIKAN DENGAN 4 BIJI KEK...SETIAP MINGGU BULAN SEPTEMBER POTONG KEK....
TERIMA KASIH ....SUAMIKU....SAZALI BIN SULEIMAN.
No comments:
Post a Comment