Dunia ku...Rezeki ku...Disini......
Kerjayaku bermula sebagai pengajar aplikasi komputer pada tahun 1997 di Melaka. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat sebagai seorang pengajar. Kesabaran dan kecekapan serta kebolehan perlu ada dalam diri untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan remaja-remaja lepasan sekolah tetapi perlu juga berhadapan dengan golongan pertengahan usia...tapi itu semua aku lalui dengan satu niat iaitu...IKHLAS dalam segala perbuatan.
Kerjaya ku diteruskan lagi sebagai seorang kerani iaitu pada tahun 1999 dan masih di Melaka Bandaraya Bersejarah. Kerja sebagai seorang kerana di bidang pendidikan swasta. Kerjaya ini banyak mengajar aku tentang dunia perkeranian di kalangan syarikat swasta. Walaubagaimanapun, kerjaya kerani itu tidak panjang....
Aku telah dilamar sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 pada tahun 2000. Lamaran ini telah kuterima dan berkhidmat di Johor Bahru. Dalam dunia Kastam ini, dunia yang sangat luas. Atas kriteria sebagai seorang yang tahu menggunakan komputer...aku telah ditempatkan di Cawangan Pentadbiran Am & Perhubungan Awam. Selain kerja hakiki...aku dikehendaki juga terlibat dalam dunia penerbitan...macam BULETIN, RISALAH, BUKU LAPORAN dan banyak lagi.
Alhamdulillah....kerjaya ku terus berkembang....aku dinaikkan gred. Dari W17 ke W27..pada tahun 2008. Aku...ditempatkan di Bahagian Cukai Dalam Negeri. Kali ini lain pula pengalaman kerjayaku. Tiada lagi Buletin...risalah..buku laporan. Kali ini aku bergelumbang dengan dunia PERKASTAMAN. Melesen orang yang terlibat dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Memberi fasilitasi kemudahan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan kemudahan pengecualian cukai.
Rezekiku bertambah lagi.Alhamdulillah....pada tahun 2013 sehingga sekarang...dari sudah berada di gred W32. Alhamdulillah. Sekali lagi dunia pekerjaanku berubah. Aku bertugas di Bahagian GST sebagai Urusetia Bahagian GST. Tugasku bergelumbang dengan dunia PENTADBIRAN....Dunia ku kini ....pengalaman ku kutip...dalam dunia pelaporan yang melibatkan seluruh Johor....setiausaha...yang seharusnya perlu setia pada pengerusinya. Semoga khidmatku pada dunia ini beroleh keredaan daripadaNYA.
Aamin
No comments:
Post a Comment