Wednesday 16 March 2016

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG.


Kemunculan e-dagang merupakan satu prospek yang pintar dan menguntungkan para usahawan. Ini kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya, e-dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa hadapan. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap K-Ekonomi dan arus globalisasi. Kesan ini mungkin tidak begitu dirasakan di Malaysia tetapi di negara-negara maju, ianya telah menjadi trend masyarakat di sana untuk melakukan pembelian online. Terdapat beberapa faktor yang mana ia boleh membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka menerusi talian.

a)            Pasaran Yang Luas.
            E-dagang menggunakan teknologi Internet sebagai platform utama perkembangannya.Oleh itu pasarannya seharusnya dilihat dari segi bilangan mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia sahaja bilangan ahli yang berdaftar dengan JARING ialah seramai 100,000 orang dengan 300,000 orang dijangka menggunakan Internet pada tahun 1997. Jumlah ini tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika dilihat kepada peningkatannya kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan 600,000 pengguna ternyata e-dagang mempunyai pontensi besar untuk dikembangkan. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet. Disamping itu kita perlu ingat bahawa perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia.

b)         Kos Perniagaan yang berpatutan.
Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan e-dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka.

c)          Sokongan Organisasi Korporat dan Multinasional.
Perkembangan yang pesat dalam IT telah mendorong beberapa firma korporat tempatan untuk membangunkan e-dagang.Ini dapat dilihat daripada usaha firma-firma ini mendirikan mendirikan tapak-tapak web yang menyokong platform e-dagang. Antara pelopornya ialah Hitechniaga Sdn.Bhd. melalui kerjasama Microsoft Corp. telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini dibangunkan khusus untuk syarikat bertaraf IKS (Industri Kecil dan Sederhana) mendirikan perniagaan di Internet.

Di Malaysia, Microsoft Corp. umpamanya sudah mengumumkan komitmen mereka untuk membantu pengusaha kecil agar dapat melibatkan diri dalam e-dagang. Syarikat ini telah pun mengadakan usaha sama dengan TMNet (lihat msn.com.my), GHL Technologies, Hitechniaga, Sunway Technologies dan Silicon Communication dalam membangunkan persekitaran e-dagang berasaskan pelantar teknologinya.

d)         Usaha Kerajaan.
Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dalam menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam e-dagang dapat dilihat melalui pelan e-dagang Negara yang meliputi tujuh kawasan untuk mencerna inovasi, meningkatkan akses pasaran, memacu pembangunan kreatif, perlindungan harta intelektual, pengedaran atau portal mengukuhkan identiti jenama dan antara muka perkhidmatan. Inilah di antara intipati dalam rangka kerja dan pelan utama e-dagang negara yang diharapkan dapat menjana ke arah perkembangan e-dagang di Malaysia.


Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan e-dagang. Melalui salah satu aplikasi utamanya iaitu pemasaran tanpa sempadan yang relevan dengan e-dagang. Pembukaan Bandar raya pintar iaitu Cyberjaya juga turut mempengaruhi perkembangan e-dagang. Masyarakat di bandar ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan dunia IT dan e-dagang disamping aplikasi-aplikasi utama serta pecahan/perinciannya yang lain.

No comments:

Post a Comment