Wednesday 16 March 2016

KESIMPULAN : E-DAGANG


Melihat kepada kebolehpasaran dan potensi e-dagang itu sendiri, perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan usahawan. Mereka menggunakan aplikasi popular untuk memasarkan pelbagai jenis produk seperti pakaian, aksesori wanita, barangan kraf, bahan-bahan ilmiah dan juga produk makanan di Instagram, Facebook dan juga blog. Kecenderungan itu disebabkan e-dagang lebih fleksibel dari segi waktu dan ruang, menjimatkan dan hanya menekankan pemikiran kreatif dan inovatif serta risiko yang rendah.

 

            Perubahan teknologi di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan,  perkhidmatan, peruncitan dan pertanian merupakan satu faktor kewujudan peluang-peluang perniagaan dimana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas. Selain daripada itu, maklumat formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. 

 

            Dalam konteks ini, media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, membuka peluang kepada peniaga untuk menyiarkan maklumat  mengenai dunia perniagaan yang membolehkan mereka, secara tidak langsung mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Faktor penting yang mendorong kejayaan mereka ialah kemampuan kualitatif dan kuantitatif mereka dalam memahami kehendak pelanggan/ pengguna. Dengan melakukan inovasi terhadap kaedah konvensional, mereka mampu menarik minat pengguna untuk berurusan dengan mereka.

No comments:

Post a Comment