Wednesday 16 March 2016

CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG


Tuntutan dan cabaran globalisasi dan liberalisasi walaupun membawa kesan negatif kepada sesetengah negara, namun ia juga memberi kesan positif dilihat dari sudut peningkatan peluang baru. Oleh itu globalisasi dan liberalisasi penghapusan sekatan perdagangan antarabangsa dan kebebasan pergerakan modal dengan tujuan mewujudkan pasaran global. Ini membolehkan modal bergerak dengan mudah antara negara, syarikat berupaya mengurus pengeluaran secara berskala global dalam mencari sumber pada kos yang murah dan untung yang tinggi melampaui sempadan negara. Menghadapi fenomena ini, setiap pengusaha atau perlu membuat persiapan yang rapi khususnya dari segi teknologi maklumat, pengurusan strategik dan penyelidikan dan pembangunan demi untuk bersaing dalam dunia perniagaan.

a)        Cabaran dalam inovasi perniagaan
Syarikat-syarikat terpaksa meningkatkan kecekapan kos serta meningkatkan kualiti dan sentiasa menggalakkan inovasi demi ketahanan dalam arus persaingan. Pasaran global dipacu oleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan inovasi yang berterusan. Persaingan di peringkat antarabangsa menuntut kepada peningkatan kualiti produk, keberkesanan kos, strategi pemasaran yang berkesan, penguasaan teknologi maklumat, pembangunan sumber manusia yang berterusan kualiti melalui pendidikan dan kemahiran serta ekonomi yang berteraskan pengetahuan.

b)        Cabaran dalam strategi- strategi dalam perniagaan
Selain itu, mereka perlu bijak mengatur srategi-strategi perancangan pasaran, perletakan harga, promosi dan pengagihan.Justeru, terdapat beberapa prinsip yang perlu diikuti dalam memenuhi tuntutan perubahan dalam era globalisasi. Oleh kerana masa berubah, peniaga perlu melakukan perubahan dengan melihat dunia pengurusan perniagaan secara lebih dinamik bersesuaian dengan tuntutan masa. Dalam menghadapi tuntutan perubahan masa, tidak ada organisasi dan syarikat besar atau kecil, baik lama atau baru yang tidak dapat ditewaskan. Syarikat yang dapat kekal kedudukannya dalam pasaran ialah syarikat yang mampu mengatasi tuntutan perubahan secara bersepadu.

c)         Cabaran dalam sanggup menanggung risiko
          Golongan usahawan adalah pemangkin dalam proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Mereka dianggap sebagai golongan yang sanggup menanggung risiko dan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi. Seorang usahawan perlu ada motivasi pencapaian iaitu dorongan untuk melakukan atau mencapai sesuatu. Dalam konteks usahawan.apa yang perlu dijelaskan ialah sekiranya usahawan didefinisikan secara sempit iaitu mereka yang berkemampuan berkecimpung dalam aktiviti perniagaan bersaiz kecil, jumlah mereka di Malaysia memang ramai. Sebaliknya, jika keusahawanan ditakrif sebagai kebolehan untuk mencari peluang dalam bidang perniagaan dan perindustrian yang besar, kebolehan melakukan inovasi dan mengurus sumber, menggunakan teknologi tinggi dan mengembangkan pasaran eksport untuk mendapat keuntungan jangka panjang, bilangan mereka di Malaysia masih lagi terhad.

d)       Halangan-halangan berkaitan dengan kebudayaan, perwatakan dan                     keupayaan.
Halangan-halangan yang berkaitan dengan kebudayaan, perwatakan, keupayaan dalam memenuhi fungsi keusahawanan, keupayaan merebut peluang, kesediaan menghadapi risiko dan keupayaan untuk mendapatkan sumber terutama modal. Pengusaha cenderung berhadapan dengan halangan-halangan dari segi keupayaan mengurus dan mewujudkan rangkaian, tahap wawasan dan pengalaman yang dimiliki, tekanan persaingan, masalah modal dan tahap budaya korporat yang dimiliki. Halangan-halangan tersebut telah memberi implikasi negatif terhadap keupayaan individu apabila menceburi bidang keusahawanan. Usahawan dikatakan tidak dapat mempamerkan kebolehan pengurusan dan kurang yakin serta tidak berpandangan jauh. Mereka cenderung memilih jenis perniagaan yang mempunyai kurang risiko yang sudah pasti menghasilkan pendapatan yang sedikit. Kesannya, perniagaan tidak dapat berkembang ke pasaran eksport. Usahawan yang memasuki bidang perniagaan tanpa pengetahuan asas perniagaan seperti pengetahuan mengenai volum pasaran, penyerapan pasaran dan saiz perniagaan optimum. Kesannya, mereka gagal bersaing dan perniagaan tidak berkembang.

e)         Kaedah Pembayaran
Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).


Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. 

No comments:

Post a Comment